Select Page

Jangan Putus Asa. Setiap kehidupan dalam dunia ini pasti akan berdepan dengan ujian tanpa mengira sesiapa, harta, pangkat, warna kulit atau bangsa. Hidup kita di dunia ini adalah untuk di uji, akan tetapi Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita. Saat kita menerima ujian, sematkan di hati bahawa itu adalah bahasa Tuhan dalam menterjemahkan kasih sayang Dia terhadap kita.

Seperti kita sedia maklum, ujian yang didatangi kepada kita tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dan keimanan kita apabila terpaksa berdepan ujian yang begitu memeritkan.

.

Peringatan Allah SWT Kepada Orang-Orang Yang Beriman

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al Imran ayat 139)


Firman Allah SWT dalam Al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan haanya berkata : “Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) Dan demi sesungguhnya, kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang sedemikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya orang yang berdusta”. Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Baca : Doa Kuat Semangat

Jangan berputus asa dalam kehidupan. Yakinlah bahawa Allah ada bersama kita


Saat kita terhimpit dengan pelbagai masalah, kita cuma ada dua pilihan iaitu terus yakin dengan Allah dan meminta pertolongan dariNya atau terus berputus asa. Maka, walau apa pun yang berlaku, sentiasa memohon dan memanjatkan doa kepada Allah. Doakan agar dipermudahkan urusan dan dikeluarkan dari belenggu masalah dan jangan putus asa. Jangan putus asa saat diri diuji.


Sentiasala berasa yakin pertolongan Allah sangat hampir dengan kita. Yakin lah saat manusia lain mengecewakan kita, Allah SWT sentiasa ada membuka pintu untuk mnolong kita. Menerusi buku Tasauf Moden, Professor Dr Hamka pernah berkata. “ Ketika pintu di bumi sudah tertutup yakinlah, pintu ke langit sentiasa terbuka” . Maka, jangan putus asa dalam menghadapi ujian kehidupan.

Baca : Keajaiban Sedekah Untuk Tambah Rezeki

.

Sabar Adalah Kunci Dalam Menghadapi Ujian Hidup

Sabar adalah perkataan yang mudah diungkapkan tetapi sukar dilakukan. Apabila ditimpa musibah atau ujian dalam kehidupan, telinga sering menangkap perkataan ‘sabar’ yang dilontarkan oleh orang sekeliling. Tetapi, ketahuilah, berkata sabar lebih mudah dari melakukan. Namun, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Mohonla pada Allah SWT agar di buka jalan keluar seluas-luasnya dan jangan putus asa dengan kehidupan akibat ujian yang menimpa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya” (Al- Baqarah:286). Sentiasa yakin dengan Allah SWT dan jangan putus asa dengan masalah yang dihadapi namun sebaliknya ambil lah masa untuk kita muhasabah diri dan bertaubat atas dosa-dosa lampau serta meningkatkan usaha dan takwa kepada Allah SWT agar kita mampu melalui ujian kehidupan dengan baik.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)


Maka, semoga kita sentiasa kuat dan mampu untuk menghadapi apa sahaja ujian yang melanda dalam kehidupan kita. Apa yang penting, jangan putus asa.

Baca : Panduan Solat Tahajjud

.