Siapa yang tidak mengenali haiwan bernama tupai yang comel dan berbulu tebal ini?
Pasti sahaja semua mengenalinya!
Namun, apakah hukum menjamunya? Halal atau haram?
Ramai yang masih tidak mengetahuinya.
Tupai adalah haiwan comel dengan ekor berbulu, mata besar berwarna hitam dengan telinganya yang bulat. Boleh bayangkan tak betapa comelnya haiwan ini?

Terdapat lebih 300 jenis tupai yang hidup di kawasan liar di serata dunia. Tangkas, cakaran yang kuat dan tajam serta sendi yang fleksibel memberikannya kemudahan untuk bergayut, melompat dan berlari dengan begitu pantas di atas dan bawah pokok.
Tupai menghabiskan kebanyakan masanya dengan merayau dan mencari pelbagai jenis buah-buahan sebagai sumber makanannya. Jadi, ia dianggap perosak bagi sesetengah kebun dan ladang buah.
Kebanyakan restoran menyajikan daging tupai sebagai menu istimewa disebabkan oleh rasa dagingnya yang manis dan teksturnya yang pejal. Tetapi, adakah ianya halal untuk dimakan?
Ramai yang mengambil mudah perkara ini.
doa waktu pagi dan waktu petang
Hukum Makan Tupai

Apakah sebenrnya hukum makan tupai? Adakah ianya halal atau haram untuk dimakan?
Okay sebenarnya, terdapat beberapa prinsip yang perlu difahami tentang hukum pemakanan antaranya adalah binatang yang kotor itu haram dimakan walaupun tiada nas yang jelas tentangnya dan halal untuk kita makan makanan yang haram pada saat darurat. Selain itu, terdapat juga beberapa isu tentang haiwan yang bertaring dan sebagainya.
Jadi, bagaimana dengan daging tupai?
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa tupai ini HARAM untuk dimakan disebabkan oleh ia tergolong dalam kumpulan haiwan buas (pemangsa). Jadi, ia HARAM dimakan kerana memiliki taring. Antara mazhab yang bersetuju dengan pendapat ini termasuklah mazhab Syafi’I.
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa ianya adalah halal dimakan disebabkan oleh ianya termasuk dalam haiwan jenis rubah iaitu bertaring tetapi taringnya lemah dan tidak digunakan untuk membunuh mangsa.
Namun kesimpulannya, setelah mengambil kira beberapa isu dan keadaan reality, ulama’ bersependapat untuk menyatakan bahawa daging tupai adalah HARAM untuk dimakan. Lebih-lebih lagi disebabkan oleh ciri haiwan ini yang mudah pupus dan keturunannya yang mungkin akan lenyap ditelan zaman.
Jangan lupa untuk layari laman sesawang www.kelab5pagi.com bagi mendapatkan pelbagai info menarik.
Recent Comments