Select Page

Keadaan ekonomi yang semakin gawat ini mendorong kita untuk melakukan persediaan dari segi kewangan. Menyimpan duit atau menabung boleh membantu kita di kala di landa kecemasan. Tetapi sukar kan untuk lakukannya? Jum kita lihat apa hack yang terbaik yang boleh kita lakukan untuk menyimpan atau menabung. Hack simpan duit, 5 teknik yang pasti berkesan

.

Berikut merupakan 5 hack simpan duit:

1. Sarapan di rumah

Sudah mnejadi kebiasaan masyarakat kita untuk bersarapan di luar terutama hari bekerja. Kali ini jum kita sarapan di rumah sahaja kerana ia boleh menjimatkan duit belanja kita tau! Bayangkan jika kita membayar sebanyak RM5 untuk sarapan setiap hari. Jika dikira-kira, ia berjumlah RM110 selama 22 hari berkerja sebulan. Banyak kan kita boleh jimat? Jadi, duit tersebut bolehla disimpan atau dimasukkan ke dalam tabung kecemasan

Morning, Coffee, Cup, Drink, Table, Breakfast, Cafe

.

2. Guna Duit Sebenar

Biasanya kita akan lebih memilih untuk menggunakan kad kredit atau kad debit kan? Lebih-lebih lagi ketika musim virus melanda. Namun antara keburukannya ialah kita tidak Nampak berapa banyak yang telah dihabiskan. Ia berlainan jika kita menggunakan duit sebenar atau cash kerana kita akna Nampak berapa jumlah yang telah dihabiskan

.

3. Catat

Catat semua perbelanjaan anda tidak kiralah apa-apa perbelanjaan sekalipun. Hal ini boleh membantu anda untuk lebih berwaspada dalam soal perbelanjaan kewangan bulanan anda di masa hadapan kerana anda boleh melihat ke mana duit bulanan anda banyak dihabiskan. Tidak kisahla perbelanjaan untuk makanan, pakaian atau memberli belah. Catat je okay.

Investment, Growth, Watering, Can, Money, Finance

.

4. Banding Harga

Sentiasa bandingkan harga untuk setiap perkara atau produk yang kita ingin belanjakan. Contohnya jika kita ingin membeli produk A di kedai A, jangan lupa untuk membandingkan harga produk sama di kedai B juga. Hal ini dapat membantu kita untuk berjimat cermat. Best kan?

Baca Juga: Tips Urus Duit Raya Anak

5. Cabaran Hari Tidak Berbelanja

Kedengaran aneh kan? Tetapi tidak mustahil. Dalam seminggu , pilih satu hari untuk tidak berbelanja meskipun sekadar sesuatu yang bernilan 10 sen sahaja. Cabar diri anda okay dan ambil duit belanja pada hari tersebut dan simpan di dalam tabung kecemasan anda.

.

Jum kita lakukan 5 hack simpan duit ini agar kita boelh menabung untuk waktu-waktu kecemasan. Cabar diri anda okay!!!

Sumber : Asian Parent

.

.