Select Page

Kita dikejutkan sekali lagi dengan gelombang ke3 Covid19 yang mana angkanya lagi tinggi berbanding 2 gelombang sebelum ini. Baru rasa nak lega sikit, dah terpaksa berjaga jaga balik. food for frontliners

Kita belum menang, tapi kita pasti menang!

Kami tergerak hati untuk bertanya khabar rakan kami frontliners yang bekerja siang dan malam memerangi Covid19 ini. Apa yang boleh kami bantu

Alhamdulillah, segalanya cukup, kita di Malaysia bernasib baik kerana sistem kesihatan kita antara terbaik di dunia. Kami tanya apa yang boleh kami di barisan belakang ni membantu lagi

Makanan

Ya, makanan adalah sumber tenaga diperlukan untuk frontliners kita ‘bertarung’ memerangi Covid19 ni. Kadang kadang tak sempat makan, makan pun ala kadar hanya untuk alas perut. Jadi kami buat keputusan untuk derma makanan kepada frontliners

Kami ada hubungi pihak Hospital Serdang dan katanya ada 100 Frontliners yang boleh kami supply makanan.

Untuk itu, kami membuka peluang kepada ahli Kelab 5 Pagi yang seramai 2000++ orang untuk menderma sama. InsyaAllah kami akan lancarkan sedikit masa nanti di platform launchgood inisiatif ini Food For Frontliners

Jika anda ingin menderma, boleh terus berhubungi dengan En Joe di wasap.my/60169640972/food+for+frontliners InsyaAllah sedikit sebanyak sumbangan kita akan disampaikan kepada mereka yang tanpa penat lelah membantu melawan virus yang tak nampak ini

.