Select Page

Perkhabaran daripada MKN semalam kes di Lembah Klang sedang meningkat dengan mendadak. Risau juga sebanarnya, kami doakan anda ahli Kelab 5 Pagi terus amalkan kebersihan dan keselamatan kendiri yang ‘tip top’ Food For Frontliners

Rakan kita yang bekerja di barisan hadapan bagi melawan Covid19 ini sedang bertungkus lumus dalam menangani wabak ini. Salah seorang co founder Kelab 5 Pagi memberi cadangan untuk kita di Kelab 5 Pagi melakukan sesuatu bagi membantu mereka

Selepas short brainstorm, kami bersetuju untuk adakan FOOD FOR FRONTLINERS

Apa itu Food For Frontliners?

Food For Frontliners adalah program daripada Kelab 5 Pagi bagi memberi makanan kepada barisan hadapan pejuang Covid19. Mereka terdiri daripada pasukan kesihatan dan juga keselamatan.

Projek ini dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab 5 Pagi. Kami menggunakan platform LaunchGood sebagai platform memungut dana sebanyak RM 20 000. Kami berharap anda menjadi salah seorang daripada lebih 2000 ahli Kelab 5 Pagi turun menyumbang. Bagaimana mahu menyumbang?

1) Hebahan kepada orang awam mengenai projek ini

Anda boleh kongsi gambar poster, link LaunchGood – (https://www.launchgood.com/campaign/food_for_frontliners#!/) di social media anda. Boleh juga kongsikan kenalan terdekatĀ akan projek yang murniĀ ini

2) Sponsor wang

Anda boleh sponsor bermula daripada RM10 hinggalah RM300 di platform LaunchGood. Memandangkan platform ini hanya menerima sumbangan daripada credit atau debit card, anda boleh buat sponsor manual dengan berhubung dengan En Faridzul 0169640972

Semoga usaha murni kita ini sedikit sebanyak boleh membantu Frontliner kita. Semoga kita menang melawan musuh yang tidak nampak ini

Link untuk menderma – launchgood.com/campaign/food_for_frontliners#!/

.