Select Page

KELAB 5 PAGI CHALLENGE telah bermula secara rasminya pada 1 April yang lepas. Alhamdulillah kali ini lebih 90 orang telah menyertainya. Harapan kami agar angka ini akan bertambah dari semasa ke semasa agar lebih ramai yang mendapat manfaat akan bangun seawal 5 pagi. journal kelab 5 pagi

Berikut merupakan Frequently Ask Question mengenai Kelab 5 Pagi

1) Apa itu Kelab 5 Pagi Challenge?
Program yang diadakan selama sebulan untuk melatih diri bangun awal waktu dan melakukan routine SWEAR. Achievement Reward Based akan diberi berdasarkan yuran yang dibayar

2) Apa itu SWEAR?
SWEAR adalah 5 routine yang anda boleh jalankan semasa 5 pagi
S – Solat/silence
W – Writing
E – Exercise
A – Affirmation
R – Reading
Anda boleh download ebook di kelab5pagi.com/ebook untuk ketahui lebih lanjut. Perkongsian daripada coach juga akan dibuat dari semasa ke semasa di group facebook kelab5pagi

Sunnah Rasullullah dalam menjaga diri

3) Apa itu achievement reward based?
Anda akan memperoleh sijil berdasarkan berapa kali anda bangun pagi dalam tempoh 30 hari sepanjang April 2020 ini

  • 25-30 kali – Sijil Emas
  • 15-24 kali – Sijil Biru
  • 5-14 kali – Sijil Merah
    Selain daripada sijil, anda juga akan mendapat Journal Kelab 5 Pagi dan juga Baju eksklusif Kelab 5 Pagi berdasarkan yuran yang anda bayar

4) Saya tak bayar yuran macam mana?
Anda masih boleh sertainya secara percuma walaubagaimanapun reward kami tidak akan sediakan. Masih boleh bayar yuran di pautan ini https://aromah.onpay.my/order/form/kelab5pagichallenge

5) Bila jangka masa challenge ini diadakan?
Akan bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Hadiah, sijil dan sebagainya akan di pos mulai 5 May 2020. Hanya yang berjaya tamatkan Challenge sahaja yang akan terima hadiah. Pihak kami akan dermakan RM 5 kepada frontliner Covid-19 yang berjuang memastikan kita bebas daripada ancaman virus ini

Tips jaga kesihatan kulit tangan

6) Adakah ini adalah pertandingan?
Challenge ini anda hanya ‘berlumba’ dengan diri anda sendiri sahaja untuk melatih anda bangun awal pagi. Tiada hadiah no 1 no 2 atau no 3. Semua akan diberi hadiah setelah anda complete cabaran ini iaitu paling kurang 5 kali anda bangun pada awal pagi

7) Bagaimana penganjur tahu berapa kali saya bangun pagi
Anda perlu tulis di whatsapps group atau facebook group dengan check in antara jam 5 hingga 6 pagi setiap hari dan setiap minggu perlu submit kepada kami untuk rujukan. Anda hanya perlu jujur dengan diri sendiri

8) Saya baru tahu akan cabaran ini, masih boleh sertai?
Ya, kami alu alukan supaya lebih ramai dapat merasai nikmatnya bangun awal pagi walaubagaimanapun hadiah hanya diberi kepada yang membuat bayaran yuran

9) Bila hadiah akan di pos?
Hadiah akan dipos setelah tamat cabaran. Jadual pengeposan adalah seperti dibawah
+ E Certificate : Akan di email pada 4 May
+ Journal Kelab 5 Pagi : Akan di pos sebaik sahaja pembayaran dibuat
+ T Shirt Kelab 5 Pagi : Akan di pos pada 4 May

9) Dimana saya mahu mendapatkan info lebih lanjut?
Boleh layari website kami di kelab5pagi.com atau hubungi admin di group

Jangan lupa dapatkan journal kelab 5 pagi di website kami