Select Page

Tubuh badan manusia menyimpan seribu satu rahsia yang memang sukar untuk kita fahami walaupun ianya berlaku pada badan kita sendiri. Seperti yang kita tau, tubuh manusia diibaratkan satu ciptaan yang berteknologi tinggi  dan sangat unik, sangat kompleks dan penuh misteri. Sehebat apa pun manusia menciota alatan berteknologi tinggi, tiada apa pun yang boleh menandingi ciptaan Allah iaitu tubuh badan manusia. Jum kita lihat fakta menarik mengenai tubuh badan manusia.

Fakta menarik mengenai tubuh badan manusia:

.

Kekuatan Rambut

Tahu tak yang satu helai rambut boleh dan mampu menampung bebanan yang seberat 99.2 gram. Maksudnya, sebanyak 4 hingga 5 batang coklat Kit Kat boleh diangkat menggunakan sehelai rambut. Jadi tak hairanlah ada orang yang boleh menarik kereta menggunakan keseluruhan rambutnya.

womans blonde hair on black textile

.

Wanita mengeluarkan 300 hingga 400 telur sepanjang hidup

Janin perempuan mempunyai lebih kurang 6 hingga 7 juta telur ketika berada di dalam rahim. Namun, setelah dilahirkan, angka ini berkurangan kepada 1 juta telur dan hanya 300,000 telur yang berbaki apabila seseorang mula didatangi haid yang pertama. Hanya 300 hingga 400 telur sahaja yang dikeluarkan sepanjang hidup dari jumlah telur yang berbaki 300,000 ini.

.

Otak Manusia mnegandungi 100 billion neuron

Otak merupakan organ yang paling misteri dan paling penting dalam tubuh badan manusia dan ia menjadikan manusia berbeza dengan hidupan yang tidak mempunyai fungsi kognitif seperti mana manusia. Neuron meruoakan unit asas bagi otak dan mempunyai kira-kira 100 billion dalam sebuah otak. Fungsi neuron ialah menghubungkan maklumat di dalam otak dan juga menerima dan menghantar maklumat dari bahagian tubuh badan yang lain.

.

Luas permukaan usus kecil seluas gelanggang tenis.

Menyerap nutrient dan makanan yang diambil adalah fungsi utama yang dilakukan oleh usus kecil. Permukaan yang luas diperlukan supaya lebih banyak lagi nutrient yang akan diserap. Sekiranya kesleuruhan usus kecil dibuka dan dihamparkan , ia memopunyai keluasan sekitar 250 meter per segi atau seluas gelanggang tenis. NAmun, ia dimampatkan menjadi usus berbentuk silinder sepanjang 6 meter dengan permukaan dalam yang dilipat

Offal, Marking, Medical, Intestine

.

10 juta warna boleh dilihat oleh mata

Mata kita boleh membezakan hampir 10 juta warna yanga da di sekeliling kita walaubagaimanapun, otak kita tidak dapat mengingat keseluruhan warna tersebut. Maka, mata kita ini adalah anugerah yang sangat berharga yang harus kita jaga.

beautiful green and brown eye in close up photography

Baca Juga : Khasiat Lemon

Kelajuan Bersin

Tahu tak kenapa mata boleh terkeluar kalua kita bersin sambal buka mata? Ini disebabkan kelajuan bersin adalah sama dengan kelajuan kereta Myvi 160 km sejam. Laju kan?

.

Semoga dengan perkongsian fakta menarik mengenai tubuh badan kita ini memberi manfaat kepada kita.

.

.