Select Page

Seumpama telah menjadi satu kewajipan untuk semua lapisan masyarakat memakai pelitup muka bagi mengekang wabak covid19 ini. Meskipun sudah mencapai status ‘single digit’ saban hari, pelitup muka masih diwajibkan untuk dipakai sekiranya berkunjung ke tempat awam. Tambahan lagi, sekolah tela mula dibuka secara berperingkat. Adakah kanak-kanak mempunyai risiko jika memakai pelitup muka dalam masa yang lama? Face mask atau face shield yang sesuai untuk mereka?

.

Menurut pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk  Dr Amar Singh, laporan Bernama, penggunaan face mask bagi kanak-kanak bawah 5 tahun sepanjang keberadaan mereka di dalam kelas angat tidak digalakkan. Menurutnya, kanak-kanak yang mempunyai asma akan berdepan dengan kesukaran jika memakaipelitup muka dalam tempoh yang agak lama.

Bacteria, Corona, Disease, Virus, Ill, Risk, Infection

.

“Kanak-kanak yang ada masalah kesihatan seperti asma atau sakit jantung kita tidak cadangkan pakai pelitup separuh muka untuk tempoh lama kerana bimbang mereka akan sesak nafas. Lebih membimbangkan kalau yang belum pandai bercakap (untuk beritahu masalah),” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.Ulasnya selepas beberapa tabika yang mewajibkan pelajarnya memakai pelitup muka sepanjang sesi pembelajaran.

.

Maka face mask atau face shield ?

.

Face shield atau pelindung muka lebih sesuai jika digunakan oleh kanak-kanak yang boleh memahami arahan.

.

Menurut Dr Amar Singh pelindung muka tidak sebagus pelitup muka. Namun, ia tidak menganggu dan kanak-kanak lebih senang untuk bernafas. Malah, guru-guru juga disaran untuk memakai pelindung muka bagi mengelakkan titisan air liur terkena para pelajar speanjang tempoh pembelajaran.

.

Medical Mask, Coronavirus, Mask, Covid-19, Quarantine

Selain itu, Persatuan Paedetrik Jepun juga telah mengeluarkan peringatan kepada ibu bapa supaya tidak memakaikan topeng kepada bayi yang berumur 2 tahun ke bawah  kerana ia akan meningkatkan beban pada paru-paru bayi. Selain itu, keadaan face mask yang menutup separuh muka bayi akan menyebabkan ibu bapa sukar untuk melihat perubahan ekpresi muka bayi sekiranya mengalami masalah pernafasan.

Baca Juga : Suntikan Vaksin Wajib Bagi Kanak-kanak

Jadi, lebih bih baik sekiranya ibu ayah memilih face shield agar ia lebih selesa digunakan oleh kanak-kanak sepanjang tempoh pembelajaran tanpa menganggu masalah pernafasan. Bagi kanak-kanak bawah 2 tahun pula, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit atau CDC menegaskan agar ibu ayah mneyediakan face mask yang diperbuat daripada kain agar si kecil lebih selasa.

.

Topeng muka N95 dan pembedahan sangat tidak disarankan untuk kanak-kanak.

.

.