Select Page

Umum mengetahui, pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang dipanggil sebagai Bantuan Prihatin Nasional atau BPN bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). No One Left Behind adalah slogan yang digunakan sebagai tanda tiada golongan yang akan tercicir daripada menerima bantuan.

.

PAda 29 Mac 2020, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan beberapa informasi mengenai cara semakan dan permohonan bagi bantuan tersebut.

.

Pembayaran bagi BPN akan dilakukan pada dua fasa iaitu pada bulan April dan juga bulan Mei. Segala permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja.

.

Penerima BPN yang tidak perlu memohon ialah :

Pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah:

Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pendapatan isi rumah RM4001- RM8000

Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

Bujang RM2000 ke bawah

Individu bujang yang selama ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bujang RM2001-RM4000

Individu bujang pembayar cukai yang sedai ada berdaftar dengan LHDNM

Bagimereka yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan baru atas talian di laman web LHDN bermula 1 April 2020.

Kaedah pembayaran BPN:

  • Bantuan Prihatin Nasional B40

Anda haruslah memiliki maklumat akaun iaitu pembayaran secara terus akan dikreditkan ke dalam akaun anda.Sekiranya setatus bayaran anda gagal ataupun tiada akaun bank, pembayaran secara tunai akan dilakukan melalui Bank SImpanan Nasional (BSN)

  • Bantuan Prihatin Nasional M40

Jumlah bantuan akan dimasukkan terus ke akaun yang telah dinyatakan dalam Borang Nyata Cukap Pendapatan (BNCP). Pembayaran terus akan dimasukkan ke akaun bank ketua isi rumah. Sekiranya taksiran bersama dilakukan semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dimasukkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tempoh membuat semakan

Kesemua penerima yang layak menerima bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status kelayakkan anda bermula 1 April 2020. Data yang digunakan untuk bantuan ini berdasarkan:

  1. Senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi golongan B40
  2. Senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan untuk golongan M40.

Baca Juga : Kesan COVID19 terhadap ekonomi

Sekiranya terdapat sebararang kemusykilan atau pertanyaan, and boleh menghubungi Kementerian Kewangan ataupun Lemabaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di saluran berikut

Blogger, Cellphone, Office, Business, Notebook

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

  • Talian (Ahad – Jumaat/9 pagi – 5 petang):
03-8882 9089
03-8882 9087
03-8882 9191
03-8882 4565
03-8882 4566
  • E-mail (24 jam):

bsh@treasury.gov.my

pre2020@treasury.gov.my

LHDNM

Talian ( Ahad – Jumaat/ 9 pagi-5 petang )

  • 1 800 882 747
  • 03 – 8911 1000

Anda boleh menyemak status di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Jangan terlepas tarikh semakan dan permohonan tau!

.

.