Select Page

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes keracunan makanan yang melibatkan orang ramai dan juga satu kes kematian akibat makan pudding buih. Setelah dilakukan siasatan punca keracunan adalah disebebkan oleh penggunaan telur yang telah tamat tempoh. Pemilihan telur yang segar untuk penyediaan makanan adalah sangat penting bagi memastikan kebersihan makanan yang disediakan terjaga. Bagaimana cara periksa kesegaran telur ayam yang boleh dipraktiskan oleh peniaga makanan?

.

Cuticle merupakan selaput protein yang nipis yang wujud secara semulajadi bertujuan untuk melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria. Malah, kulit telur juga mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bertujuan untuk menahan kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.

.

Kesegaran telur dipengaruhi oleh tahap kualiti selaput perlindungan yang mana telur yang telah tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis. Selain itu, liang-liang halus dipermukaan kulit juga semakin terbuka. Hal ini boleh mneyebabkan telur tersebut mudah dicemari oleh bakteria

.

Maka, periksa dahulu kesegaran telur sebelum menggunakannya untuk membuat makanan. Berikut merupakan cara periksa kesegaran telur ayam:

.

1. Rendam telur dalam air

Teknik ini kerap digunakan iaitu merendam telur ke dalam semangkuk air sejuk dan perhati sama ada telur tersebut tenggelam atau terapung. Sekiranya telur tersebut segar ia akna tenggelam ke dalam air namun jika telur tersebut telah lama ia akan terapung di pemrukaan air. Perkara ini berlaku kerana semakin lama telur tersebut, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus dan ini menyebabkan telur tersebut terapung dipermukaan.

.

2. Bentuk kuning dna putih telur

Pecahkan telur terlebih dahulu kerana kita perlu melihat keadaan kuning dan putih telur. Sekrianya telur tersebut masih segar, ia akan mempunyai bentuk kuning telur yang masih kental dan bulat. Namun , jika telur itu telur lama, bentuk kuning telur tersebut agak meleper dan juga cair atau bentuk bulatnya tidak elok. Ada juga yang kuning telurnya melekat pada kulit tersebut. Jika putih telur pula berwarna keruh dan agak melekit dan tidka cair ia bermaknatelur itu segar dan jika ia cair bermakna ia telur lama

Egg, Eggs, Food, Healthy, Cooking, Breakfast, Chicken

.

3. Hidu Bau Telur

Telur tembelang atau telur busuk, jika telur tersebut telah lama, ia akan mengeluarkan satu bau yang busuk dan baunya pasti akan terhidu seluruh rumah.

.

4. Tarik luput telur

Jika kita beli telur di pasaraya, selalunya akna tertera tarikh luput sama ada di kotak atau pun di kulit telur. Tetapi, jika anda membeli di kedai runcit, biasanya tarikh luput tidak disertakan sekali. Tetapi and aboleh bertanya kepada penjual tarijh telur tersebut diterima oleh penjual. Ia boleh menjadi rujukan kepada anda.

Baca Juga: Pokok Viral Berisiko?

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia