Select Page

Cara kreatif sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Allah s.w.t sendiri menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran buat mereka yang gemar bersedekah seperti panjang umur, mencegah dari mati dalam keadaan yang teruk, menghapuskan sikap sombong dan sebagainya. Ramai yang mahu bersedekah jadi kami kongsikan cara kreatif sedekah di Masjid

Ustazah Asma Harun kongsi kenapa hati tidak tenang

Jom baca dan kongsi artikel ini supaya lebih ramai dapat manfaatnya

1.Sedekah selipar di Masjid

Kebanyakkan masjid kekurangan selipar yang digunakan untuk mengambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Jika tempat mengambil wudhu dan tandas agak jauh, maka sukar untuk mereka yang memakai kasut hendak berkaki ayam ke sana. Oleh itu sangat wajar jika kita dapat beli sepasang dua selipar jepun dan letaklah di masjid untuk kegunaan orang ramai.

2.Sedekah sabun atau pencuci tandas

Jika kita selalu ke masjid di seluruh negara, maka kita akan perasan bahawa tandas masjid sangat kekurangan sabun untuk membasuh tangan. Kadang-kadang tandas juga agak berbau walaupun dicuci bersih. Jadi ada baiknya jika kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, kemudian letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang akan menggunakannya.

Dapatkan Kelab 5 Pagi Journal di Kedai Buku Online Popular

3.Sedekah makanan kucing di Masjid

Ramai rakyat Malaysia yang sangat sukakan kucing sebagai haiwan peliharaan, namun tidak kurang banyak juga kucing yang terbiar diluar sana terutama yang berkeliaran di Masjid. Kucing ini menjadi ganas dan menggangu orang khususnya di kedai-kedai makan kerana mereka kelaparan. Oleh itu, ada baiknya jika kita membeli makanan kucing dan berikan mereka makan apabila kita solat berjemaah di Masjid

4.Sedekah kain pelikat atau telekung

Banyak surau di tempat membeli-belah dan rawat dan rehat khususnya kekurangan kain pelikat dan telekung untuk kegunaan solat orang ramai. Apabila ditempat sebegini, kadang-kadang pakaian kita terdedah dengan banyak perkara yang kotor, jadi kain pelikat dan telekung ini menjadi satu keperluan untuk bersolat. Jika anda dapat sedekahkan kain pelikat dan telekung pastinya ramai yang dapat manafaat.

Sertai seo contest dan menang RM500

5.Sedekah wang tunai kepada anak kecil di Masjid

Jika anda ke Masjid pada waktu Subuh terutamanya, anda akan perasan kelibat anak yang berpakaian sekolah. Salah satu cara kreatif sedekah adalah anda hulurkan seberapa yang anda mampu mungkin RM2 atau RM5 kepada mereka dan bagi kepada mereka. Sambil berpesan belajar rajin rajin, anak anak ini akan lebih bermotivasi untuk ke Masjid

Itu antara 5 cara kreatif sedekah, anda boleh amalkan yang mana termampu

Jika kita menelusuri sirah baginda Rasulullah s.a.w, sangat jelas bahawa baginda adalah seorang insan yang paling gemar bersedekah walaupun baginda sendiri serba kekurangan sehinggakan terpaksa berlapar dan dahaga. Begitu juga dengan kisah para sahabat baginda yang terdidik dengan sikap suka bersedekah.

Jangan lupa juga share artickel ini supaya lebih ramai yang memperoleh manfaatnya

.