Select Page

Hari Kebahagiaan Sedunia disambut pada setiap 20 Mac di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf beberapa kaitan atau hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, social dan juga alma sekitar kea rah menuju kepada kesejahteraan dankebahagiaan penduduk sejagat. Bandar manakah yang menjadi bandar paling bahagia di Malaysia ini?

.

Selaras dengan matlamat Perubuhan Bangsa Bersatu atau PBB bagi mewujudkan kesejahteraan dan juga keamanan melalui aspirasi universal dalam menjalani kehidupan di seluruh dunia. Doktrin Perancangan Sejagat yang telah diperkenalkan PLANMAlaysia selrasa dengan aspek kebahagiaan  dan ia telah mnejadi asas dan falsafah dalam pembangunan dan perancangan negara.

.

Di Malaysia, melalui PLAN Malaysia, Kementerian Perumahan dan Tempatan (KPKT) telah mengadakan smabutan setiap tahun untuk Hari Kebahgaiaan Sedunia bermula tahun 2015.

.

Malah pada 20 Mac 2020, ia merupakan tahun keenam PLANMalaysia menganjurkan sambutan ini dan tahun ini merupakan tahun pertama dan julung kalinya pengiktirafan dan juga anugerah telah diberikan kepada 10 PBT paling bahagia di Malaysia diberikan dan ia telah dikenalpasti melalui indeks kebahagiaan.

.

Berikut merupakan 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2019 dan telah diumumkan oleh PLANMalaysia pada 1 Jun 2020 melalui Facebook PLANMalaysia:

.

(i) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah;
(ii) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu;
(iii) Majlis Bandaraya Seremban;
(iv) Majlis Perbandaran Kulai;
(v) Majlis Perbandaran Taiping;
(vi) Majlis Perbandaran Kuantan;
(vii) Majlis Perbandaran Bentong;
(viii) Majlis Perbandaran Jasin;
(ix) Majlis Daerah Yan; dan
(x) Majlis Daerah Jeli.

.

Ramai yang tertanya bagaimana tahap kebahagiaan sesebuah bandar diukur. Ia diukur menggunakan indeks kebahagiaan  yang merupakan pengukuran umum yang mengambil kira tahap kesejahteraan penduduk setempat merangkumi kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Girl, Balloons, Child, Happy, Out, Freedom, Person

.

Indeks ini merupakan satu indicator dalam MURNInets dan ia telah dinilai melalui borang kaji selidik yang telah diisi oleh penduduk setempat. Borang ini merangkumi 14 komponen iaitu:

.

(i) Tahap kehidupan dan kesihatan;
(ii) Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
(iii) Keseronokan bekerja;
(iv) Pengurusan kewangan;
(v) Hubungan dengan jiran;
(vi) Aktiviti bersama komuniti;
(vii) Keselamatan kawasan kediaman;
(viii) Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
(ix) Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
(x) Kualiti alam sekitar.

Baca Juga : Apa yang perlu tahu tentang Trypophobia

Kajian Indeks Kebahagiaan telah dilaksanakan bermula tahun 2013 sehingga tahun 2019 dan jumlah responden adalah seramai 60,000 orang di seluruh Malaysia. Ia membantu dalam mengkaji tahap kegembiraan dan kesejahteraan  penduduk dalam kawasan bandar tersebut. Malah hasil jawapan dari kajian juga dapat membantu PBT menambahbaik system dan perkhidmatan kepada penduduk.

.

Tahniah buat bandar paling bahagia di Malaysia

.

SUmber: PLAN Malaysia

.

.

.