Select Page

Hati adalah organ yang paling penting dalam badan kita. Dari segi biologinya, fungsi hati adalah membuang toksin dalam darah dengan memproses darah kita dan dari segi agamanya, hati cukup sinonim dengan menentukan sama ada baik atau buruk diri seseorang itu. Ustazah Asma Harun yang kerap berkongsi dengan kita di facebooknya menjelaskan perkara yang membuatkan hati tidak tenang

Sebelum kita baca perkongsiannya, jom kita ulang kaji fungsi hati dari segi biologi

  • Membersihkan darah dari senyawa berbahaya, seperti racun, obat-obatan, dan alkohol.
  • Membantu metabolisme protein dengan mengubah amonia menjadi urea, yang dikeluarkan bersama urine oleh ginjal.
  • Menyimpan energi untuk tubuh dalam bentuk glikogen dan mengubahnya menjadi glukosa saat kadar glukosa darah rendah.
  • Menyimpan zat besi, dan beberapa vitamin, seperti vitamin A, B12, D, dan K.
  • Memproduksi kolesterol dan trigliserida, serta protein pembawanya agar dapat dialirkan dalam darah.
  • Memproduksi protein, seperti albumin yang berguna menjaga cairan dalam sistem sirkulasi tubuh. Protein yang berperan sebagai faktor pembekuan darah dan sistem kekebalan tubuh juga dihasilkan oleh hati.
  • Memproduksi hormon, misalnya hormon pertumbuhan pada anak-anak.
  • Memproduksi cairan empedu, yang bertugas membantu pencernaan makanan.

Jom baca perkongsiannya

PUNCA HATI TIDAK TENANG RESAH GELISAH :

1. Melakukan SYIRIK dan maksiat. 
2. Tinggalkan atau menangguhkan solat.
3. Tidak membaca alQuran dan zikrullah.
4. Makanan minuman atau harta daripada sumber yang haram atau syubhah.
5. Tidak menutup aurat dengan sempurna. 
6. Bersangka buruk pada Allah dan manusia.
7. Sukar memaafkan dan selalu marah². 
8. Terlalu mengejar Dunia dan lupa Akhirat. 
9. Tidak buat persiapan untuk mati.
10. Takabbur, ujub, riya’, Suma’ah.
11. Kedekut dan terlalu berkira-kira.
12. Banyak berbohong.

Sempena hari yang baik ini, marilah kita reflek diri kita untuk menjaga hati agar hidup kita lebih aman dan tenteram. Penting untuk kita tidak melakukan perkara perkara yang boleh membuatkan hati kita tidak tenang kerana fitrah kita adalah melakukan sesuatu yang baik

Terima kasih ustazah kerana berkongsi dengan kami, semoga ustazah Asma Harun terus dipanjangkan usia untuk terus berkongsi dengan kami di Kelab5pagi.com

Anda boleh layari dan set see first Ustazah Asma Harun disini