Select Page

Apa itu Vertigo? Vertigo merupakan satu keadaan di mana mereka yang menghidapinya akan merasa seolah-olah keadaan sekelilingnya berputar ataupun melayang-layang. Penyakit vertigo ini akan menjadikan mereka yang menghidapinya hilang kesimbangan dan menyebabkan sukar untuk berdiri ataupun berjalan.

.

Tanda-tanda dan gejala penyakit vertigo ialah:

Upset, Overwhelmed, Stress, Tired, Frustrated, Stressed

1. Mual dan Muntah

Kebiasaannya mereka yang menderita penyakit vertigo akan mengalami muntah dan rasa yang mual yang sangat menyiksakan. Mereka akan berasa sukar untuk menelan. Ini merupakan tanda-tanda anda sedang mengalami vertigo ya.

.

2. Pengsan

Mereka yang mempunyai derita vertigo juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti pengsan secara mendadak dan pada waktu yang singkat kerana kekurangan oksigen ke otak. Hal ini berlaku disebabkan oleh berkurangnya aliran darah yang bersifat sementara

.

3. Telinga berdengung dan hilang pendengaran

Pada tahap awal, mereka akan mengalami gangguan pendengaran dan ianya akan hilang dengan sendiri. Namun, ada dalam kalangan mereka yang mengalami gangguan telingan yang parah seperti telingan berdengung atau labrinitis.

Baca Juga: Penyakit JE

4. Perasaan seolah-olah terjatuh

Apabila mengalami perasaan pusing dan keadaan sekeliling yang berputar, mereka akan berasa seolah-olah terjatuh. Jika anda mengalami perasaan ini, anda mungkin menderita penyakit vertigo. Keadaan ini akan beransur pulih dan akan berulang-ulang.

Trees, Away, Nature, Eddy, Turn, Dizzy, Fall Over

.

Sekiranya anda berasa lemah pada anggota tubuh, sukar berbicara, pergerakan mata yang tidak normal, lambat respon, sukar berjalan, demam, penglihatan berbayang, segera bertemuk doctor ya.

.

.