Select Page

Apa itu Coronavirus. Coronavirus adalah sejenis virus yang telah lama diketahui sebenarnya. Ianya boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit sama ada masalah pada bahagian hidung, sinus dan juga tekak. Pada asalnya, kelompok virus ini dianggap tidak berbahaya kepada manusia. Virus ini telah ditemui buat pertama kalinya pada tahun 1960. Bentuk virus ini seakan-akan mahkota atau “crown”, lantas diberi nama corona. Virus ialah mikroorganisma yang hanya akan hidup jika berada dalam hos (perumah). Dalam kes coronavirus yang menjangkiti manusia contohnya, virus ini menjadikan manusia sebagai perumah.

Bagaimana Virus Memilih Perumah ?

Bagaimana virus boleh memilih hos atau perumah? Virus akan boleh berpindah hos sekiranya hos baharu itu sesuai untuk pembiakan virus tersebut. Antara 5 pengkelasan mikroorganisma, virus adalah yang paling kecil dan paling licik kerana ianya akan menggunakan semua sumber di dalam hos untuk pembiakannya. Sebagai contoh, corona virus yang muncul di Wuhan baru-baru ini adalah kesan daripada perpindahan hos virus daripada kelawar kepada manusia. Beberapa virus korona telah direkodkan sangat berisiko pada manusia. Pada tahun 2012, telah tersebar wabak atau virus “Middle East Respiratory System atau dikenali sebagai MERS yang telah berlaku di Arab Saudi dan juga telah merebak ke beberapa Negara yang lain. Sebelumnya pula pada tahun 2003 juga, telah berlaku penyebaran virus korona yang dikenali sebagai “Server Acute Respiratory System” atau SARS dan telah mengorbankkan 774 orang. Ini adalah contoh jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh virus corona. Kedua-dua virus ini berbahaya dan boleh membawa maut.

Kejadian Radang Paru-Paru di China

Pada 31 Disember 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendapat makluman tentang terdapat beberapa kes berkaitan radang paru-paru di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China. Apa yang lebih mengejutkan ialah virus ini tidak sepdan dengan virus-virus sebelumnya dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Virus ini memberi kerisauan kepada penduduk dunia kerana virus yang baru muncul masih belum dikenal pasti cara mereka mengjangkiti atau kesan virus terhadap pesakit. Pada 7 Januari 2020, WHO telah mengenal pasti virus ini dan diberi nama Novel Coronavirus atau 2019-nCov yang berasal daripada haiwan.

Baca : Jangkitan Coronavirus di Malaysia

Fasiliti perubatan untuk pesakit coronavirus di Wuhan, China- Apa itu coronavirus ?

Kenapa namanya NOVEL Koronavirus ?

Namanya novel koronavirus. Novel ialah merujuk kepada sesuatu yang baharu. Dalam kes koronavirus, novel bermaksud sesuatu virus itu baru dijumpai dan tidak sama dengan virus yang dijumpai sebelum ini. Kajian bioinformatik dijalankan telah dijalankan oleh saintis dan mendapati bahawa novel coronavirus ini mempunyai peratus persamaan yang tinggi dengan coronavirus yang ada pada kelawar. Dan di Wuhan, sup kelawar dihidangkan sebagai makanan eksotik dan ianya dipromosi dengan meluas oleh artis dan selebriti tempatan.

Lebih dikenali sebagai Wuhan Koronavirus, mereka yang telah dijangkiti boleh mempunyai masalah radang paru-paru. Akibat dari jangkitan ini, pesakit akan mula mengalami batuk, demam dan juga kesukaran bernafas dan boleh membawa kepada kegagalan organ. Virus ini akan tersebar apabila mereka yang tidak sihat atau pembawa bersin atau batuk.

Koronavirus Penyebab Kematian

Wuhan Municipal Health Commission (WHMC) mula melaporkan kes pneumonia sebanyak 27 kes dan 7 antaranya adalah dalam keadaan kritikal. Persamaan dalam kes tersebut adalah mereka ataupun orang terdekat pernah mengunjungi pasar basah di Huanan yang menjual binatang-binatang liar atau eksotik. Jangkitan semakin meningkat apabila WHMC melaporkan sebanyak 44 kes yang sama telah berlaku dengan 11 darinya adalah kritikal pada 3 Januari 2020. Kes semakin meningkat apabila pada 20 Januari 2020, jumlah pesakit mula bertambah kepada 217 orang telah berjangkit dan seramai 9 kematian telah dilaporkan. Dan pada 30 Januari 2020, sudah mencapai seratus lebih angka kematian.

Penyebaran koronavirus ke seluruh dunia

Kes ini bukan sahaja berlaku di China malah telah mula merebak ke seluruh dunia seperi Thailand, Filipina, Malaysia dan juga Korea Selatan. Malaysia telah mempunyai beberapa pesakit yang berasal dari China telah dikuarantin dan dirawat di Hospital Sungai Buloh antaranya.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, buat masa sekarang novel coronavirus ini masih belum mempunyai ubat atau vaksin. Beliau berkata satu-satunya cara atau rawatan yang boleh digunakan untuk pesakit yang telah dijangkiti adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selsema dan demam. Bagi mengelakkan jangkitan, masyarakat dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke China. Selain itu, perlu juga mengamalkan langkah pencegahan seperti membasuh tangan menggunakan sabun, menggunkan sanitizer dan mengenakan topeng muka. Malah turut dinasihatkan agar mengelakkan tempat tumpuan orang ramai seperti pasaraya dan taman-taman awam. Segera bertemu doktor jika mengalamai gejala-gejala virus atau tidak sihat.

Selain artikel apa itu coronavirus, baca juga Jangkitan Coronavirus di Malaysia.