Select Page

Alicia adalah pekerja swasta yang bekerja normal 9 pagi hingga 6 petang. Dia dulunya adalah pelajar cemerlang dan setelah graduasi, Alicia terus dilamar bekerja. Sudah beberapa tahun dia bekerja di tempat yang sama. Sambil bekerja, Alicia ada perniagaan sampingan kecil. Sekadar hobi dan tidaklah serius. Namun, dia enjoy berniaga.

Alicia juga merupakan isteri dan juga ibu kepada 3 anak. Anak masih kecil, membuatkan Alicia selalu rasakan masa tidak cukup. Kerja di pejabat pun selalu tidak dapat diselesaikan. Alicia pada dulunya bercita-cita tinggi. Sama ada mahu cepat naik pangkat atau mempunyai perniagaan sendiri. Namun, sekarang semuanya tidak sempat difikirkan. Malah tugas harian pun terasa tak sempat nak “catch up” apatah lagi nak baca buku, hadiri kelas malah rehat pun sukar. Konflik demi konflik melanda, sehingga Alicia tak tahu bagaimana nak handle satu persatu. Impian rasa jauh untuk dicapai. Terasa dirinya bukan dirinya lagi. Masa terasa sangat cepat, Alicia sentiasa letih tak bermaya, sekarang Alicia mudah sangat marah – marah dengan anak.

Watak Alicia adalah kisah benar kita, mungkin sedikit situasi. Mungkin semua situasi.

Kita mahu sangat mencapai impian. Sama ada besar atau kecil. Setiap impian memerlukan usaha dan setiap usaha memerlukan masa.

Masalahnya, kita terlampau sibuk dengan tugasan harian. Sangat sukar hendak ketepikan sedikit masa pun untuk impian kita. Kesannya, seperti 99% manusia lain, kita hidup secara autopilot.

Kisah Alicia jugalah walaupun rekaan, adalah sedikit sebanyak kisah saya. Pada tahun 2017, saya terasa semuanya “fall apart”

Saya memegang tugas besar sebagai project manager untuk projek IT di syarikat oil dan gas. Saya juga mempunyai beberapa business dengan ribuan ahli. Juga sedang melanjutkan pelajaran master. Ibu kepada 2 anak kecil yang salah seorang yang masih breastfeeding. Hidup terasa terlampau laju. Tiada masa langsung untuk diri.

Woman Staring Out Window — Image by © Rick Gomez/Corbis

Sehinggalah saya “terpaksa” membuat segalanya di pagi hari. Awal pagi. Pada mulanya saya hanya niat korbankan tidur. Bangun awal untuk siapkan tugasan.

Tapi saya observe walau tidur lebih kurang, saya lebih produktif. Hari terasa Panjang, lebih produktif dan lebih aktif. Pelik? Sepatutnya saya lebih letih logiknya.

Teringat sharing dari seorang top management di tempat kerja saya. Sungguh awet muda, sungguh berkaliber, walau usia agak lanjut mukanya seperti 30an. Persona dia sangat kuat, sangat positif dan sentiasa menerima bermacam jenis award di tempat kerja.

Saya tak malu untuk approach beliau sebagai mentor dan dia kongsikan dia mulakan harinya dengan sangat awal. Mula dengan berseorangan, exercise, breakfast, membaca dan plan for the day.

Saya semakin seronok bangun awal pagi walau sangat liat. Saya cuba masukkan rutin mentor saya. Saya rasa lebih efisyen dan mula mencari pelbagai artikel dan buku tentang keajaiban bangun pagi dan “positive habit creation”

Masalah saya ketika itu ialah KONSISTENSI. Walau saya tahu betapa seronoknya bangun pagi tapi sungguh susahnya bila terpaksa berperang dengan diri sendiri. Lebih susah bila saya tiada deadline untuk siapakan apa-apa. Namun saya tahu, 1-2 jam extra inilah masa yang saya perlukan setiap hari untuk saya strategize, be a better person. Saya tahu successful person needs to invest sedikit demi sedikit setiap hari. Orang Berjaya bukanlah dengan satu usaha besar, namun usaha kecil yang dilakukan setiap hari.

Bertolak dari itulah, saya terus buat group “Kelab 5 Pagi” untuk sebenarnya bertujuan mendisiplinkan diri sendiri. Sharing dibuat untuk ingatan diri sendiri dan tanpa disangka mendapat sambutan yang sangat hangat. Ramai mempunyai masalah yang sama seperti saya.

  1. Kenapa Kelab 5 Pagi untuk anda?

Sekarang lupakan kisah Alicia atau kisah saya.

Saya jemput anda untuk reflek kisah anda.

Pastinya anda mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah rutin anda

Atau mungkin hanya ingin melihat sahaja

Berita baik…atau buruk..kelab 5 pagi memang untuk anda..dan anda sendiri yang menjadi pengukur keberkesanan program.

Bahaya influenza A

Mari tulis

  1. 3 positive intention anda
  2. Apa harapan anda selepas membaca ebook ini
  • Kebaikan bangun awal pagi

Terlampau banyak research yang menunjukkan kebaikan bangun awal pagi. Anda boleh cari sendiri. Tetapi saya ingin bertanyakan, jika anda diberi peluang untuk dapat bonus masa – 30 hari tambahan setiap tahun. Sangat banyak anda boleh plan dan lakukan untuk masa tambahan yang anda dapat.

Susah bangun pagi? amalkan tips ini

Apa kata saya beri anda peluang untuk dapat extra 30 hari setiap tahun?

Ya…dengan hanya rutin kelab 5 pagi.

  • SWEAR – rutin untuk pagi yang Berjaya

Bangun di awal pagi, ketika itu otak memang tak dapat ingat banyak perkara.

Perkara paling buruk selalu berlaku ialah – “Kenapa aku nak bangun awal ya?”

Lepas tu ada suara jahat “Takde pape lah. Kalau ada sure kau ingat”

Itulah resepi kegagalan.

Maka saya formulasi formula mudah ingat awal pagi

SWEAR!

S – Silence/Solat

Manusia dilahirkan Bersama 3 komponen penting – “Body, Mind, Soul”

Setiap pagi, kita “feed” soul. Ketika inilah me time terbaik.

Anda boleh pilih untuk bermeditasi, menyendiri untuk refleksi diri atau boleh melakukan ritual keagamaan masing-masing di awal pagi.

Bagi saya sendiri, saya mulakan rutin pagi dengan terus mengambil wuduk dan solat tahajjud.

W – Writing

Writing boleh refer di muka surat … untuk lebih detail bagaimana anda bole gunakan jurnal Kelab 5 Pagi yang eksklusif untuk meningkatkan kejayaan anda.

E – Exercise

Senaman di pagi hari adalah sangat bagus di pagi hari. Tadi kita telah feed jiwa, sekarang kita feed our body. Ini untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah anda, senaman juga meningkatkan system kognitif. Bagaimana? Sebenarnya apabila kita bersenam kita bukan sahaja train muscle kita, malah “train” otak kita. Senaman telah dikaji dapat meningkatkan pertumbuhan sel dalam otak.

Amazing kan?

A – Affirmation

Sebelum hari anda penuh dengan pelbagai aktiviti atau manusia yang anda tak dapat kawal, mulai pagi anda dengan mengisi diri anda dengan “positive affirmation”. Affirmation boleh dibuat sama ada secara lisan atau tulisan. Latihan ini dapat melatih diri anda untuk lebih positif dan anda dapat lihat seluruh hari anda lebih positif, tenang dan bersemangat.

R – Reading

Ramai dari kita sedar yang kita perlu membaca. Pernah tak nak habiskan buku motivasi atau terlampau banyak buku anda telah beli namun tak pernah habis. Malah ada statistic mengatakan CEO membaca ……. Buku setiap tahun dan kita sendiri susah untuk habiskan walau sebuah buku. Ya, rahsianya hanyalah sedikit rutin setiap pagi. Membaca buku setiap pagi memberi anda segala ilham dan self development yang penting untuk anda. Malah anda mungkin dapat terus amalkan ilmu yang anda dapat dari bacaan tersebut. Namun, tips mudah – elakkan membaca dari handphone anda kerana anda mungkin “distracted” untuk melayari laman social atau attend email/whatsapp anda. Rugi!

  • Tips bangun awal pagi

Oh…saya bukan orang yang bangun awal pagi! Jangan risau. Di sini adalah tips ringkas untuk anda mudah bangun awal pagi

  1. Set minda anda malam sebelumnya
  2. Hydrate. Sediakan segelas air di tepi katil. As soon as you wake up, drink the water.
  3. Cari “accountability partner”. Anda boleh join group Kelab 5 Pagi untuk mencari rakan yang boleh bersama2 dalam journey anda
  • Bagaimana menggunakan Kelab 5 Pagi journal?

Kelab 5 Pagi jurnal adalah buku lengkap 90 hari yang disediakan khusus untuk membantu anda bukan sahaja untuk disiplin malah untuk capai impian anda.

Kelab 5 Pagi adalah satu “Tool” untuk mencapai impian anda. Simply because, you are too busy or too lazy (procrastinating) to achieve your goals. Kelab 5 Pagi adalah pembentukan habit kerana cita-cita bukanlah hanya dapat digapai dalam masa semalaman. Ianya adalah long term marathon!

Journal ini dibuat 90 hari dan anda boleh teruskan lagi perjalanan anda untuk 90 hari seterusnya dan selamanya!

Kelab 5 Pagi adalah highly customizable, undated. Jadi anda boleh mulakan perjalanan anda SEKARANG!

Pertama sekali adalah seksyen “Monthly Compass Check”

Ini adalah untuk kita audit di mana kita sekarang dan di mana kita mahukan dan apa goals kita. Hanya rate berapa percent untuk satu category

Ada 6 kategori kerana kita mahukan hidup kita untuk seimbang dan Berjaya dalam semua area:

  1. Physical
  2. Emotional
  3. Financial
  4. Family
  5. Spiritual
  6. Career

Anda boleh letak goal anda di setiap kategori.

Contoh: Career: Dinaikkan pangkat sebagai manager.

Kedua ialah section: Monthly Planner

Di sini adalah untuk anda letakkan plan anda untuk bulan itu.

Kemudian anda mulai minggu pertama anda.

Setiap pagi anda boleh mulakan daily checklist sebaik sahaja anda bangun pagi.

Isikan checklist dan penuhkan aktiviti SWEAR harian anda.

Kemudian anda boleh isikan “To Do List” of the day

Section ke 2 ialah untuk refleksi di waktu malam.

Setelah habis minggu itu, tibalah masa untuk anda refleksi diri anda untuk minggu tersebut. Jawab soalan yang ada dan rate balik diri anda menggunakan “kompas” anda.

  • Bagaimana jika tak bangun pagi?

Kerana factor kerja atau cabaran lain, adalah mustahil untuk anda bangun awal pagi. Jangan risau! Kelab 5 Pagi rutin dan juga journal tidaklah bergantung kepada masa bila anda bangun tetapi keistimewaannya ialah rutin yang anda perlu lakukan setiap hari. Dari 10 minit kepada 1 jam atau beberapa jam, pada bila-bila masa. Highly customizable mengikut keperluan masing2. Anda masih boleh menggunakannya walau hari anda bermula pada 12 tengah hari!

  • Penutup

Saya hanya mahu quote semula ayat John Maxwell

“You’ll never change your life until you change something you do daily”

Maka, marilah kita mulakan habit SWEAR dan start conquering your life like a pro!

(Dapatkan Kelab 5 Pagi Journal disini)

.