Select Page

Ada antara ibu dan ayah yang risau untu bercakap pelbagai Bahasa dengan anak-anak. Bimbang mereka tidak dapat memahami atau sukar untuk belajar. Jika orang dewasa, ia memang sukar. Namun, ada kajian yang dilakukan oleh Journal of Child Language dari Cambridge University Press telah menunjukkan hasil kajian yang sebaliknya. Jadi, adakah bayi akan keliru jika bercakap banyak bahasa?

.

adakah bayi akan keliru jika bercakap banyak bahasa?

.

Kanak-kanak yang dibiasakan dan diperdengarkan dua Bahasa sejak lahir akan dapat bertutur dengan menggunakan kedua-dua Bahasa tersebut dengan lancer, menurut kajian yang telah dijalankan tersebut.

.

Suara ibu merupakan suara yang paling dikenali oleh snag bayi sejak dari dalam rahim lagi. Malah, mereka dapat membezakan Bahasa ibu mereka dengan Bahasa lain sebaik sahaja mereka dilahirkan. Menarik kan?

Baby, Boy, Call, Child, Communication, Cute, Expression

.

Seseorang perlu memproses bunyi-bunyian dans ekiranya Bahasa di seluruh dunia dikumpulkan , ia akan terdiri lebih kurang 800 bunyian. Namun, setiap dari Bahasa menggunakans ebanyak 40 bunyi Bahasa. Walaubagaiamanapun, otak bayi mampu untuk membezakan 800 bunyian Bahasa tersebut. Wah!menakjubkan. Hal ini membuktikan bayi akan memahamai dan mempelajari apa-apa Bahasa yang didedahkan kepada mereka.

.

Mereka akan cenderung dengan bunyian atau Bahasa yang sentiasa didengari oleh mereka apabila meningkat dewasa nanti.

Baca juga: 5 Tadika Terbaik

Adakah bayi akan keliru?

.

Renu Nargunder yang merupakan seorang ahli psikologi, kaunselor dan juga merupakan seorang pelatih Bahasa dalam ruangan HuffingtonPost menyatakan bahawa seseorang yang tinggal di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia mempunyai kelebihan dalam mempelajari Bahasa kedua. Malah anak-anak yang bercakap lebih dari satu Bahasa bukanlah menunjukkan mereka keliru. Malah, mereka berpotensi untuk menguasai lebih dari satu Bahasa.

.

Bilingualism in the Early Years: What the Science Says yang merupakan sebuah jurnal ada menyatakan kelebihan berbahasa lebih dari satu Bahasa. Antara kelebihannya ialah:

  • kanak-kanak prasekolah yang mengetahui 2 bahasa mempunyai kemahiran yang lebih mendalam dalam memahami perspektif, pemikiran, serta keinginan seseorang.
  • Kanak-kanak bilingual juga lebih sensitif terhadap sesetengah aspek komunikasi contohnya dalam mengenalpasti tona suara.
  • Secara kognitifnya, kanak-kanak bilingual lebih cekap dalam hal-hal yang melibatkan pertukaran aktiviti dan menghalang tindak balas yang dipelajari sebelumnya.
  • Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa bayi yang didedahkan dengan 2 bahasa mempunyai kelebihan dalam aspek memori, contohnya dalam menganalisa maklumat dari satu peristiwa ke peristiwa kemudiannya.

.

Jadi ibu ayah jangan risau okay. Yang penting teruiskan berkomunikasi dengan anak-anak.

.

SUmber: Sirap Limau

.

.