Select Page

Dr Hamid Arshat merupakan Pakar Bidan dan Sakit Puan telah berkongsi beberapa amalan atau cara untuk mencerdaskan otak anak dan keluarga. Beliau yang kini berusia 73 tahun masih sihat dan cergas. Malah masih mampu melakukan setiap pembedahan untuk pesakitnya. Apaka 9 cara mencerdaskan itak anak dan keluarga menurut beliau?

.

9 cara mencerdaskan otak anak dan keluarga menurut Dr Hamid Arshat:

1. Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup yang sihat boleh membantu otak kita berfungsi dengan baik. Menurut belia, apabila mencecah usia 70 tahun dan ke atas, kita berisiko untuk mendapat penyakit alzheimier iaitu satu penyakit berkaitan nyanyuk dan juga kehilangan daya ingatan. Otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan menjejaskan urusan harian. Oleh itu, dengan amalan gaya hidup yang sihat dari usia muda, boleh membantu otak kita berfungsi dengan baik.

.

2. Baca Al Quran dan menghafal sifir.

Menurut Dr Hamid Arshat, membaca Al-Quran dan menghafala beberapa surah dapat membantu mencerdaskan otak. Kemu5. dian, lakukan ulangan dalam membaca ayat-ayat al quran tu sebanyak 40 kali  sama ada ketika solat atau melakukan apa-apa aktiviti.

.

3. Senaman dan Aktiviti Fizikal

Senaman dan aktiviti fizikal merupakan salah satu cara untuk mencerdaskan otak. Senaman atau aktiviti boleh dilakukan selama 30 minit boleh memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan  dan juga membantu mencegah penyakit kencing manis dan juga darah tinggi.

.

4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi

Belajar sesuatu kemahiran yang baru atau lakukan hobi yang kita minati serta gembira untuk melakukannya seperti aktiviti berkebun, menjahit, memasak dan lain-lain dapat membantu kita untuk terus sihat.

.

5. Jaga waktu tidur

Waktu tidur yang cukup adalah antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Melalui tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan mampu membantu meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan

Rest, Relax, Concerns, Cozy, Sleep, Man, Person, Human

.

6. Buat nota kecil

Catit setiap perkara  baru yang kita pelajari dalam buku nota. Amalan mencatit nota ini dapat membantu menguatkan ingatan kita. Amalan ini menjadi tabiat bagi ornag Jepun dan Korea.

.

7. Amalkan makanan terbaik untuk otak

Bagi pertumbuhan sel-sel otak, makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting. Selain itu, anda boleh kurangkan gula , karbohidrat dan juga makanan segera kerana makanan-makanan ini akan meracuni sel-sel otak

.

8. Permainan otak dan elak stress

Anda boleh bermain mainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman dan juga hafalan dapat meningkatkan fungsi otak supaya lebih baik. Tekanna fizikal, mental dan emosi perlu dielakkan kerana ia boleh meracuni sel otak manusia

Baca Juga: Pesan Pakar Tentang Diet Anak

9. Elakkan buat banyak kerja serentak

Multitasking bagus dalam urusan-urusan tertentu tetapi elakkan dari membuat banyak kerja serentak. Contohnya, anda sedang membuat panggilan telefon dan dalam masa yang sama  anda menyusun dan menyimpan barang. Pasti anda akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana.

Woman, Burnout, Stress, Multitasking, Face, Icon

.

Sumber : The Asian Parent

SUmber: Dr Hamid Arshat