Select Page

Kelebihan bangun awal pagi. Kita bangun di awal pagi bertujuan untuk menunaikan solat pertama pada hari tersebut, solat Subuh sama ada di rumah mahupun di masjid. Selain dapat memenuhi tuntutan agama dalam mendirikan solat Subuh, kita juga dapat banyak manfaat apabila kita bangun pada awal pagi terutama dari segi kesihatan. Sebab itulah Islam menggalakkan kita untuk bangun awal pagi. Berikut merupakan lapan (8) kelebihan bangun pagi:

Perancangan masa lebih baik

Apabila kita bangun pagi, kita boleh mula merancang aktiviti harian dengan tenang. Masa juga terasa lebih panjang apabila kita memulakan aktiviti pada awal pagi. Malah kita boleh merancang dengan baik tentang matlamat hidup, organisasi dan rancangan bukan sahaja pada hari tersebut malah perancangan untuk sepanjang minggu.

Fikiran Segar dan Proaktif

Bangkit dari tidur seawall 6 pagi atau sebelumnya dapat membuatkan fikiran kita segar dan tenang. Kerja-kerja pada hari tersebut juga akan leboh effisien dan effecktif. Bagi menyediakan badan kita bekerja dengan lebih berkualiti, hormone-hormon koristol mula meningkat saat kita bangun pagi. Malah, menurut seorang pakar Biologi, Christoph Randler berkata, mereka yang bangun awal pagi lebih proaktif kerana mereka mempunyai matlamat jangka masa panjang dan akan berusaha untuk mencapainya.

Boleh Bersarapan Pagi

Pengambilan sarapan pagi sangat penting untuk kita memulakan hari. Sarapan umpama bahan bakar bagi tubuh badan kita untuk kita melakukan pelbagai aktiviti atau rutin seharian. Apabila kita bangun pagi, kita boleh bersarapan dengan tenang tanpa tergesa-gesa untuk ke pejabat atau kelas. Apabila kita bangun awal pagi, kita mempunyai banyak masa untuk menyediakan sarapan yang sedap dan penuh khasiat untuk diri sendiri mahupun keluarga tercinta.

kelebihan bangun awal pagi- boleh bersarapan

Tidak Terburu-buru

Antara kelebihan bangun pagi adalah kita tidak akan terburu-buru dan mempunyai banyak lebihan masa. Kita boleh membaca Al-Quran usai solat Subuh dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Kita boleh bersiap untuk ke kerja atau kelas dengan tenang. Perkara yang dilakukan dengan terburu-buru tidak akan memberikan hasil yang hebat. Ada sahaj barang yang tertinggal saat mengejar masa kelewatan ke pejabat. Jadi, bangun awal pagi bolehla kita melakukan segala aktiviti pada waktu pagi dengan tenang.

Boleh Bersenam

Bersenam di awal pagi sambil menyedut udara yang bersih dan segar sangat menyamankan diri kita. Senaman pada waktu pagi juga bahkan baik untuk kesihatan diri. Udara yang segar di awal pagi sangat baik untuk pernafasan dan kesihatan tubuh yang mana ia akan mempengaruhi aktiviti seharian kita. Waktu itu, udara bebas dari asap kereta dan pencemaran lain.

kelebihan bangun awal pagi- sempat bersenam

Pintu Rezeki terbuka luas

Kata orang-orang lama, jika kita bangun awal pagi, rezeki akan lebih banyak masuk kerana pintu rezeki terbuka luas. Bangun awal pagi membolehkan kita menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat tahajjud sekiranya bangun sebelum waktu Subuh dan juga solat sunat Dhuha diikuti berzikir dan membaca Al-Quran. Pada waktu-waktu beginilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa yang dipohon dan memberikan kekuatan kepada jiwa hambaNya.

Baca : Keajaiban Sedekah Untuk Tambah Rezeki

Mental sihat dan positif

Jika kita bangun pagi, sudah tentu pada malam sebelumnya kita akan tidur lebih awal. Tidur yang mencukupi mebantu kita mempunyai minda yang sentiasa positif. Malah mental kita juga lebih optimis

Sentiasa bersemangat


Mereka yang bangun pada awal pagi pasti memiliki semnagat yang tinggi pada hari tersebut. Orang yang bangun pada awal pagi memiliki wajah yang berseri-seri kerana diri yang bersemangat. Jika dilihat pada mereka yang tidak gemar bangun awal pagi, bercenderung berwajah lesu dan tidak bersemangat.

Justeru, tidak rugi pun waktu tidur kita jika kita cuba bangun awal pagi setiap hari. Tabiat ini bukan sahaj bagus tapi boleh membantu kita untuk mendapatkan kehidupan yang tenang dan bebas tekanan. Semoga perkongsian kelebihan bangun pagi ini dapat menyuntik semangat kita untuk memperbaiki kehidupan dengan bangun awal pagi.

Baca : Panduan Solat Tahajjud