Select Page

Masyarakat Melayu dan ulam-ulaman tidak pernah berpisah. Seolah ia telah menjadi satu perkara yang sebati untuk dimakan bersama sambal belacan dan lauk pauk yang lain. Malah masyarakat lain juga suka akan ulam-ulaman kerana ia terkenal dengan seribu satu khasiat dan baik untuk tubuh badan kita. Ulam Raja merupakan salah satu ulaman yang cukup sinonim dengan masyarakat kita. Ia juga dikenali sebagai King Salad. Apakah khasiat ulam raja?

.

Berikut merupakan 7 khasiat ulam raja:

1. Mengatasi bau mulut

Bau mulut merupakan sesuatu perkara yang tidak selesa dan memalukan ketika bercakap dengan seseorang. Walaubagaimanapun, masalah ini dpaat diatasi dengan ulam raja! Ulam raja mempunyai satu aroma yang akan menjadi sensasi segar di mulut seperti daun pudina. Pastinya masalah bau mulut ini dpaat di atasi!

Speak, Talk, Microphone, Tin Can, Can, Tin, Mouth, Say

.

2. Meningkatkan Oksigen dalam darah

Ulam raja mampu membantu meningkatkan oksigen dalam darah, keadaan ini akan melancarkan peredaran darah. Maka, ia akan membantu kita untuk menjadi lebih bertenaga tanpa mempunyai masalah kalori tersembunyi. Perasan tak masyarakat dulu sentiasa cergas dan jarang dijangkiti penyakit kronik. Mereka gemar tau makan ulaman termasuk ulam raja ni.

.

3. Awet Muda

Ulam raja ni juga membantu kita mengekalkan keremajaan okay. Ia akan memberi kesan awet muda tau. Disebabkan ia mampu mambantu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, kenajalan kulit juga dapat ditingkatkan. Seronokkan?

Model, Face, Beautiful, Black And White, Youth

.

4. Atasi Masalah Kulit

Maslaah kulit seperti masalah psiorasis atau eczema boleh juga di atasi dengan ulam raja secara alternative. Namun, dapatkan nasihat dari pakar juga ya.

.

5. Menyekat aktiviti bakteria

Terdapat kajian yang menyatakan ulam raja mempunyai costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang mampu dan boleh merencatkan aktiviti baketria di dalam tubuh badan kita seperti candida albicans, bacillus subtilis, dan juga E. coli. Untuk menikmati khasiat ini, elakkan mencelur ulam raja terlalu lama ya. Boleh makan ulam raja secara mentah saja.

baca Juga : Apa itu Vertigo

6. Menghaluskan kulit

Ulam raja mempunyai vitamin E dan juga vitamin C yang mengekalkan kulit muka yang halus. Vitamin C dan Vitamin E memang terkenal dengan kesan yang baik pada kulit kita. . Jadi ulam raja snagat sesuai diambil oleh mereka yang inginkan kesan kecantikan semulajadi seperti ini.

Banyakkan khasiat ulam raja ni, malah ulam-ulaman lain juga banyak khasiatnya. Jum amalkan makan ulam-ulaman