Select Page

Petai memang agak terkenal dengan bau yang kurang menyenangkan. Namun, ada sesetengah orang yang sangat menggemari petai. Tahukah anda banyak khasiat petai yang baik untuk kesihatan kita.

.

Nama saintifik bagi petai ialah parkia speciose dan merupakan salah satu jenis ulam yang tumbuh di serata Asia Tenggara. Poko petai boleh mencecah ketinggian setinggi 30 m. Pelbagai jenis cara boleh dilakukan dengan petai seperti makan secara terus, dibuat ulam, jeruk atau dibuat lauk untuk makanan harian. Yang dahulunya terkenal dalam kalangan penduduk luar bandar, kini petai menjadi buruan penduduk kota.

Petai, Bean, Green, Vegetables, Legumes, Raw, Healthy

.

Apakah khasiat petai ini?

1. Melancarkan penghadaman

Sekrianya dimakan sebagai ulam-ulaman, petai boleh menjadi sumber serat yang baik dan kandungan serat yang tinggi di dalam petai boleh membantu dalam proses penghadaman dan juga membantu mencegah sembelit.

.

2. Membantu Diet

Membantu diet? Tahukah anda serat di dalam petai boleh menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolestrol LDL,  dan juga membantu memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah. Malah, serat larut juga boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2 dan juga obesity. Wah menarik kan?

Baca Juga : 6 Khasiat Ulam Raja

3. Tinggi Kalium

Kalium ataupun potassium antara kandungan didalam petai. Setengah cawan petai sarat dengan  224mg kalium ataupun potassium. Antara peranannya ialah membantu mengawal kesimbangan air badan dan juga fungsi jantung.

.

4. Mencegah kemurungan

Petai mampu mencegah kemurungan? Bagaimana? Petai akan mnegeluarkan sejenis protein yang akan diolah oleh tubuh kita menjadi serotonin. Serotonin memainkan peranan dan menjadikan diri kita berasa tenang  dan sekaligus dapat mengelakkan kemurungan

5. Vitamin C

Petai juga mempunyai kandungan vitamin C sebanyak 20mg dalam setengah cawan petai. 20 mg vitamin C cukup untuk memnuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita. Vita,in C juga merupakan satu vitamin yang penting untuk pembaikkan tisu di bahagian tubuh badan kita.

.

6. Membantu berhenti merokok

Petai mungkin dapat membantu si perokok untuk menghentikan tabiat merokok itu. Kandungan Vitamin B6 dan juga B12, potassium dan juga magnesium membantu tubuh untuk melawan ketagihan nikotin. Bolehla ia membantu untuk berhenti merokok

.

Wah banyakkan khasiat petai yang kita sendiri tidak sedar. Kecil-kecil cili padi. Walaupun agak berbau tetapi khasiat yang dimilik bagus untuk tubuh badan kita

.

.

Sumber: SirapLimau