Select Page

Khasiat Air Lemon. Kebiasaannya orang dewasa lebih menyukai air yang manis dan agak kurang gemar air yang mempunyai rasa masam. Sedarkah anda, jus yang berasa masam contohnya buah lemon ini kebiasannya kaya dengan vitamin C?.Jus lemon ini sangat popular atau sering menjadi menu minuman di restoran-restoran makanan Western.

.

Sebiji lemon yang bersaiz sederhana mengandungi 40 peratus vitamin C yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita yang bertindak sebagai antioksidan. Tahukah anda antioksidan membantu menghalang aktiviti radikal bebas. Tambahan vitamin C ini akan melambatkan proses penuaan.

.

khasiat air lemon
Buah lemon segar untuk kebaikan semua. Manfaatkannya sebaik mungkin

Menurut ilmu perubatan Indian Ayuverda, mereka selalu menggunakan lemon untuk menambah rasa dalam masakan , melegakan sakit tekak dan juga dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Lemon kaya dengan vitamin B, vitamin C, pectin, potassium dan juga anti oksidan. Hal ini menjadikan buah lemon merupakan buah yang mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat banyak khasiat air lemon yang mana antaranya ialah:

.

Khasiat Buah Lemon

.

Menurunkan berat badan

Wow, lemon dapat menurunkan berat badan, menarik bukan? Lemon sangat membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan kita selain dari membantu memberikan kita tenaga tenaga yang cukup untuk kita menjalani rutin seharian. Seandainya kita sedang dalam proses menurunkan berat badan atau diet, sila masukkan lemon ke dalam list makanan diet anda kerana lemon ini sangat rendah kalori dan tidak mempunyai lemak dan kolestrol. Pectin yang terdapat dalam lemon akan membantu anda berasa kenyang dan membantu mengurangkan penyerapan gula di dalam tubuh badan kita. Boleh juga dengan memasukkan hirisan lemon dalam air kosong untuk amalan setiap hari.

.

Melegakan demam dan selsema

Petua-petua orang lama sekiranya anak demam atau selsema, mandikannya dengan air lemon selama beberapa minit untuk melegakan demam dan selsemanya. Ada juga yang menjadikan air lemon ini sebagai pelembab tuala dan diletakkan di kepala anak yang demam. Aroma lemon yang wangi akan memberi kesegaran kepada anak yang demam dan membantu proses penyembuhan dan mengurangkan rasa mual kerana aroma lemon yang wangi tadi.

.

Wajah lebih berseri

Seperti sedia maklum, lemon mengandungi vitamin C yang sememangnya baik untuk kulit. Vitamin C yang terdapat dalam lemon ini akan membantu kita menghilangkan jerawat-jerawat degil. Selain itu, ianya mampu juga untuk mencerahkan kulit dan juga menanggalkan sel-sel mati. Khasiat lain vitamin C dalam lemon ialah ianya dapat membantu badan kita mengeluarkan kolagen agar badan kita kelihatan muda dan cantik. Elemen anti baketeria yang terdapat di dalam lemon boleh membantu kita merawat masalah jerawat dan jeragat yang di alami.

.

Memutihkan gigi

Senyuman yang manis ditambah lagi dengan gigi yang putih akan menjadikan senyuman kita menawan. Cuba anda ambil sedit baking soda dan juga jus lemon, campurkan kedua-duanya dan apabila buih-buih telah keluar dari hasil campuran itu, sapukan ke gigi anda selama 45 minit. Kemudian, bersihkan gigi dengan berus gigi dan air. Lakukan setiap minggu untuk gigi putih yang berpanjangan.

.

khasiat air lemon
Gigi putih menawan antara khasiat air lemon yang boleh diamalkan
Masalah kelumumur selesai!

Malunya rambut berkelumumur. Pasti malu untuk mengenakan pakaian berwarna hitam , kan? Lemon dapat membantu kita melawan masalah kelumumur. Senang sahaja, ambil minyak kelapa dan juga perahan lemon dan sapukan pada kepala anda. Dua bahan ini boleh membantu melembabkan kulit kepala sekaligus menghilangkan kelumumur yang menghantui anda selama ini! Selain itu, perahan lemon juga dapat membunuh mikroorganisma penyebab kelemumur di kulit kepala. Boleh mencubanya di rumah.

.

Penghalau serangga

Ini manfaat lemon sebagai penghalau serangga. Ubat penyembur dan penghalau serangga yang terdapat di kedai-kedai agak mahal. Bagi sesiapa yang tidak gemar pada serangga boleh menjadikan lemon sebagai alternatif.Cuma campurkan jus lemon dengan mana-mana minyak yang sesuai seperti minyak bunga matahari atau minyak zaitun dan sapukan pada badan anda. Anda bebas dari serangga!!

.

Meskipun saiz lemon itu agak kecil, khasiat yang terdapat dalam sebiji lemon sangat banyak! Jum kita cuba beberapa tips ini selain mampu memanfaatkan khasiat lemon ianya juga adalah bebas dari bahan kimia berbahaya. Sila Cuba.

.

Baca : Jangan Putus Asa Dengan Ujian Kehidupan