Select Page

Ramai yang menjadikan menanam pokok hiasan di dalam rumah sebagai satu hobi. Namun, tidak semu pokok atau tanaman hiasan yang cantic adalah selamat. Sebelum memilih tumbuhan hiasan, para ibu bapa khususnya perlu dan cubalah merujuk kepada Pusat Racun Negara supaya kita tahu sama ada is selamat untuk dijadikan pokok hiasan di dalam rumah atau tidak. Terdapat beberapa jenis pokok hiasan yang bahaya dan beracun.

.

Berikut merupakan 6 jenis pokok hiasan yang bahaya dna beracun:

1. Oleander

Pokok ini biasanya ditanam di sekitar rumah  dan ianya bewarna putih, merah jambu ataupun bewarna kuning. Walaubagaimanapun ia merupakan tumbuhan yang beracun kerana ia mempunyai toksin yang boleh mematikan jantung. Sekiranya tertelan pokok ini ia akan membuatkan kita berasa mual, muntah, degupan jantung perlahan, tekanan darah rendah dan juga kematian. Sekiranya anak kecil anda termakan pokok ini segere ke hospital okay.

.

2. Philodendron

Bagi mereka yang gemarkan tumbuhan hijau, pokok ini pasti akan tersenarai dalam pokok hiasan di dalma rumah. Walaupun ia tidak membawa kepada kematian, berhati-hatilah kerana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit, mual, rasa seperti terbakar, pembengkakan mulut, lidah atau tekak,muntah dan cirit birit

Plant, Philodendron, New Leaf, Young

.

3. English Ivy

Sekiranya anak-anak termakan pokok ini, ia akan menrengsakan mulut dan menyebabkan kesakitan. JIka mereka termakan dalam jumlah yang banyak ia akna menyebabkan pembengkakan teruk di bahagian bawah tekak.

Baca Juga: Snake Plant Berisiko?

4.  Dieffenbachia

Pokok ini juga dikenali sebagai bunga bakung atau tongkat bisu, ia mempunyai daun hijau, putih dan juga kuning dan ini mnejadikannya menarik di mata para pencinta tumbuhan hijau. Walaubagaimanapun, ia mengandungi Kristal kalsium oksalat yang boleh merengsakan kulit dna juga mulut. Sekiranya anak-anak termakan dalam kuantiti yang banyak, ia akan menyebabkan mual dna juga muntah

.

5. Caladium

Pernah dengar telinga gajah? Nama lain bagi telinga gajah ialah Caladium yang mempunyai kombinasi warna merah jambu, merah putih, mawar, hijau dan juga chartreuse. Tanaman ini mempunyai risiko untuk merengsa selaput lendir di mulut, hidung, tekak dan perut. Selain itu, ia akan menyebabkan mual dan juga muntah.

Caladium, Foliage, Garden, Plant, Bulb, Nature

.

6. Azalea

Azalea banyak menghiasi taman-taman di halaman rumah. Namun, seperti pokok hiasan yang lain, ia juga mempunyai risiko dan bahaya sekrianya anak-anak kecil termakan atau tergigit, ia akan mneyebabkan kerengsaan pada mulut, mual dan juga muntah. Tetapi sekiranya menelan sejumlah besar tumbuhan beracun ini, ia akan mengancam nyawa si manja.

.

Sumber: The Asian parents

.

.