Select Page

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh para ibu bapa. Pelbagai ragam dan karenah harus dihadapi terlebih dahulu. Mendidik mereka memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita perlu sentiasa mengingati dan mengulangi setiap perkara kepada mereka. Disiplin dalam diri anak-anak perlulah diterapkan sejak dari kecil lagi. Terdapat teknik didik anak jadi lebih berdisiplin.

.

5 Teknik didik anak jadi lebih berdisiplin:

Sediakan Barang Sekolah

Jika dulu, kita akan pastikan semua barang sekolah anak-anak tersedia dan akan pastikan buku-buku yang dimasukkan ke dalam beg sekolah mereka menuruti jadual, kali ini, pastikan mereka sendiri yang melakukan semua hal tersebut. Sebelum tidur, pastikan mereka menyusun buku-buku dan menyediakan barang sekolah sendiri. Hal ini boleh menerakan sikap disiplin dalma diri mereka.

School, Back To School, Paper, Color, Colored, Pencils

.

Cuci Pinggan

Ajar anak dari kecil lagi untuk mengangkat pinggan sendiri ke sinki dan basuh pinggan sendiri. Didik anak seawall usia 3 tahun agar mereka lebih berdisiplin dalam melakukan kerja rumah dan tidaklah tinggalkan bekas makanan dan pinggan sendiri di meja makan sahaja bila besar nanti. Didikan ini juga boleh melatih mereka agar menjadi orang yang lebih bertanggungjawab.

Washing Dishes, Soap, Sink, Bubbles, Child, Housework

.

Kemas Mainan

Ada ibubapa yang akan kemas mainan anak-anak yang telah disepahkan kerana anak-anak lambat melakukannya. Namun, didiklah mereka agar mengemas mainan sendiri setelah puas bermain. Disiplin kan mereka dengan cara begini agar mereka lebih mempunyai tanggungjawab. Tidaklah dibiarkan sahaja mainan bersepah dan membiarkan orang lain pula yang mengemasnya.

.

Masuk Baju Kotor

Selepas mandi, biasakan anak-anak meletakan baju kotor ke temoat yang sepatutnya. Ramai dalam Kalanga ibubapa yang akan mnegambil baju kotor dan meletakkan ke tempatnya tanpa menyuruh anak-anak. Untuk mendidik mereka agar jadi lebih berdisiplin, arah mereka letakkan setiap baju kotor ke bakul atau ked alma mesin basuh sendiri. Ajar mereka seawall usia 3 tahun kerana di usia ini mereka telah faham akan arahan.

Baca Juga: Rumah Bersepah Bukti otak anak berkembang

Menyapu

Sekali sekala apabila membersihkan rumah, ajak anak bersama-sama membersihakan kawasan rumah. Arah si abang untuk menyapu, arah si kakak pula untuk mengemop, dana rah si adik pula untuk membuang sampah. Hal ini juga boleh menerapkan mereka rasa tanggungjawab terhadap keadaan sekeliling.

.

Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang sentiasa berdisiplin dalam kehidupan mereka.

.

.