Select Page

Mikroorganisma atau mikrob merupakan organisma yang seni dan terllau kecil untuk dilihat menggunakan mata kasar. Mikroorganisma  sangat berbeza antara satu sama lain dan merangkumi bakteri, kulat, arkea dan protis. Selain itu, tumbuhan mikroskopik atau dikenali sebagai alga hiijau serta haiwan seperti plankton dan planaria juga merupakan mikroorganisma. Sesetengah ahli mikrobiologi juga meletakkan virus sebagai salah satu mikrooganisma. Apakah 5 kelas mikroorganisma dan bahayanya kepada hidupan ?

.

Bakteria

Bakteria merupakan mikroorganisma yang boleh dijumpai di mana-mana taermasuk jugalah ditubuh badan manusia. Keupayaan bakteria adalah mampu untuk berganda secara sendiri dan ia boleh dilihat menggunakan mikroskop cahaya. Bakteria patogenik merupakan sejenis bakteria yang akan menyebabkan penyakit

.

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria ialah batuk kokol, jangkitan saluran kencing, ulser, batuk kering, demam kepialu dan leptospirosis.

Bacteria, Medical, Biology, Health, Anatomy, Science

.

Virus

Dengan hanya boleh melihat melalui mikroskop electron, virus merupakan agen jangkitan paling kecil. Virus boleh menjangkiti manusia, haiwan, tumbuhan dan bakteria. Virus menjangkiti manusia melalui saluran pernafasan, mulut atau saluran usus, luka pada kulit, gigitan serangga terjangkit dan gigitan haiwan terjangkit.

.

Antara penyakit yang disebabkan oleh virus ialah penyakit kaki tangan dan mulut, AIDS, cacar air, beguk, ketuat dan penyakit hepatitis kronik.

Virus, Infection, Cell, Bacterium

.

Protozoa

Protozoa merupakan organisma unisel yang paling ringkas dalam alam kehidupan haiwan dan juga mempunyai satu atau lebih nuklues. Antara penyakit yang disebabkan oleh protozoa ialah malaria, giardiasis iaitu penyakit pencernaan, tripanosomiasis iaitu penyakit tidur dan juga babesiosis iaitu penyakit yang menyerupai malaria.

.

Algae

Alga ataupun rumpai laut merupakan kumpulan besar dan juga pelbagai organisma ringkas. Alga akan berfotosintesis  seperti tumbuhan dan “ringkas” kerana tisunya  tidak tersusun kepada banyak organ tersendiri yang dijumpai dalam tumbuhan tanah.Antara  penyakit yang disebabkan oleh alga ialah penyakit karat merah (tumbuhan yang biasa diserang ialah jeruk, jambu biji dan rambutan) dan penyakit ganggang pirang iaitu penyakit yang terjadi pada lada.

Baca Juga: Menggunakan Sabun atau Hand Sanitizer Untuk Hilangkan Kuman?

Kulat

Kulat atau dikenali juga sebagai fungus merupakan salah satu organisma eukanot yang akan mencernakan makanannya di luar dan akan menyerap molekul nutrient ke dalam selnya. Antara penyakit yang disebabkan kulat tinea, kurap, pitiriasis versicolor iaiti ruam pada dada, leher lengan, abdomen dan belakang dan juga seriawan iiutu mulut dan lidah menjadi merah dengan tompokan putih

.

Semoga perkongsian tentang kelas mikroorganisma dan bahayanya kepada hidupan ini akan memberi manfaat dan ilu yang baru kepada kita.

.

.