Select Page

Selepas tamat Perintah KAwalan Pergerakan atau PKP, kerajaan telah menggantikan dengan Perintah KAwalan pergerakan Pemulihan atau PKPP yang mana kebanyakkan sector-sektor ekonomi telah dibuka. Orang ramai juga dibenarkan untukr merentas negeri setelah tiga bulan pergerakan terkawal. Ramai di antara kita yang mengambil peluang untuk pulang ke kampong bertemu ibu ayah dan menyambut sambutan ahri raya aidilfitri. Malah tak kurang juga mereka yang mengambil peluang untuk bercuti bersama kelaurga bagi melegakan dan menggembirakan hati anak-anak yang telah 3 bulan terkurung. Terdapat beberapa destinasi cuti-cuti Malaysia yang menarik untuk dikunjungi.

.

Destinasi Cuti-cuti Malaysia yang menarik untuk dikunjungi ialah:

1. Pulau Sembilan, Lumut Perak

Terdapat fenomena yang bernama Blue Tears berlaku di pulau ini. Ia merupakan cahaya  biru yang terhasil di sekeliling pantai ketika waktu malam. Fenomena ini berlaku disebabkan dari alga dan juga plankton. Bolehla anda membawa keluarga untuk menonton fenomena ini di Pulau Sembilan, Lumut Perak

.

2. Masbro Village, Melaka

Pernah lihat perkampungan di Brighton Beach Melbourne? Masbro Village tidak jauh beza dengan perkampungan tersebut. Ia merupakan satu tempat perkampungan yang berwarna warni dan ianya sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Bolehlah anda dapatkan feel luar negara ya di samping mengunjungi tempat-tempoat bersejarah di seluruh Melaka.

River, Malacca River, City, Cafe, Restaurant, Relax

.

3. Terapuri Heritage Village, Kuala Terengganu

Destinasi ini sesuai bagi mereka yang ingin merasa suasana tinggal di rumah kampong. Keunikan seni bin ayang klasik menarik minat oengunjung. Terapuri Heritage Village terletak di Setiu, Terengganu. Anda juga dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan. Malah, anda juga dapat melihat Pulau Perhentian dan juga Pulau Rendang. Seronokkan? Anda pasti dapat melihat penyu bertelur sekiranya anda bernasib baik.

.

4. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor

Pasti anda ingin mencari ketenangan setelah 3 bulan berkurung dan pergerakan agak terbatas kan? Templer Park Rainforest Retreat, Selangor ini merupakan destinasi cuti-cuti Malaysia yang tepat sekiranya anda ingin lari dari hiruk pikuk suasana bandar. Ia terletak di Rawang, Selangor dan dikelilingi oleh hutan yang menghijau. Ia merupakan destinasi yang akan menenangkan jiwa dan firkiran anda ssebelum bermulanya sesi pekerjaan atau persekolahan semula.

Landscape, Rainforest, Lane, Morning Mist, Asahi

Baca Juga: Bandar Paling Bahagia di Malaysia

5. Smoke House Hotel, Cameron Highland, Pahang

Hotel ini dibina pada tahun 1939 dan menggunakan konsep Inggeris Tudor. Ia terletak bersebelahan padang golf. Cuaca yang sejuk ini sudah pasti mendatangkan rasa yang tenang buat pengunjung. Tambah lagi apabila pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah dan menghijau ini.

Sumber Sirap Limau

.

.