Select Page

Penularan wabak COVID 19 sangat membimbangkan ramai pihak. Kesan kepada kehidupan dan ekonomi merungsingkan masyarakat. Seharusnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab, patuhi segala arahan dari Kerajaan Malaysia agar sama-sama dapat mengekang masalah wabak ini dari terus menular. “Stay at home” adalah suatau jasa yang boleh kia lakukan untuk negara ini agar wabak ini boleh dihapuskan. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini, ayuh kita patuhi dan duduk di rumah dan inilah masa untuk kita luangkan masa bersama keluarga. Jum kita lihat filem menarik tentang wabak yang pernah dikeluarkan dulu yang boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran

5 filem menarik tentang wabak:

.

Popcorn, Movies, Cinema, Entertainment, Food, Corn

The Flu (Korea Selatan)

File mini mula ditayangkan pada 14 Ogos 2013 di Korea Selatan dan di arahkan oleh Kim Sung Su. Cerita ini mengisahkan tentang virus yang melanda Korea Selatan yang akan membunuh mangsa dalam masa 36 jam  dan menyebabkan daerah Bundang yang terletak di Seongnam bertukar menjadi huru hara.

.

Ia bermula apabila satu container yang diseludup masuk ke Korea Selatan penuh dengan pendatang tanpa izin dan slaah seorang daripada mereka pembawa virus merbahaya dan berjangkit. Hanya seorang sahaja yang hidup dan yang lain telah mati ketika ditemui. Tidak lama selepas itu, beribu-ribu orang telah dijangkiti. Keseluurh penduduk bandar Bundang akhirnya dikuarantin bagi usaha untuk menghentikan penularan wabak.

.

Contagion

Contagion adalah filem arahan Steven Soderbergh yang diterbitkan pada tahun 2011. Dihasilkan berdasarkan kepada penularan wabak virus Nipah yang berlaku di Malaysia, file mini menceritakan tentang satu virus yang tidak dapat dikenalpasti merebak. Setelah pulang dari lawatan kerja di Hong Kong, Beth Emhoff mula merasa tidak sedap badan dan dua hari selepas itu, dia pengsan di rumah dan mati tanpa sebab yang dapat dikenalpasti.

.

Anak tirinya juga mati disebabkan oleh oenyakit yang sama dan suaminya terpaksa di kuarantin di hospital. Selepas itu, orang awam mula menunjukkan gejala  yang sama dan wabak tersebit mula tersebar luas.

.

Outbreak

Filem ini dihasilkan pada tahun 1995 oleh pengarah terkenal  Wolfgang Petersen. File mini mengisahkan tentang penyebaran sejenis virus yang dikenali sebagai ‘motaba’, diilhamkan daripada kes penularan wabak Ebola.

.

Virsu bermula apabila seekor monyet yang menjadi perumah kepada virus tersebut dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan akhirnya dilepaskan ke hutan kerana gagal dijual. Namun, virus tersebut sempat menjangkiti individu yang terakhir yang melepaskannya. Filem ini memasukkan elemen sesetngah pihak mahu mengambil kesempatan menjadikan virus ini sebagai senjata teknologi.

Baca Juga : Kesan Wabak Terhadap Ekonomi

Inferno

Inferno merupakan filem yang diarahkan oleh Ron Howard dan diterbitkan pada tahun 2016. Watak Robert Langdon yang dijayakan oleh Tom Hanks , seorang professor Harvard dan symbologist yang perlu nerungkaikan petunjuk di Florence bersama dengan Doktor Sienna Brooks. Mereka perlu menghentikan penularan wabak yang terjadi dan dibuat oleh seorang ahli genetic yang gila yang mahu mengurangkan populasi manusia

.

.