Select Page

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP telah dijalan di Malaysia semenjak 18hb Mac 2020 sehingga 31 March 2020 kerana situasi runcing akibat penularan Coronavirus COVID19 yang semakin membimbangkan. Hari ini, 25hb March 2020. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14hb April 2020, iaitu dilanjutkan lagi selama 2 minggu. Masyarakat mula gusar kerana pergerakan yang terhad yang perlu diharungi lagi 3 minggu dari tarikh hari ini. Namun, apa yang dilakukan untuk kepentingan orang ramai dan juga negara yang sangat kita sayangi iaitu Malaysia. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

.

Mengemas Rumah

Sekiranya sebelum ini kita tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah dek terlalu sibuk dengan urusan kerja harian. Inilah masanya untuk kita mengambil peluang ini membersihkan rumah dan mengemas rumah agar kelihatan lebih teratur dan bersih. Di musim virus ini, kebersihan diri dan persekitaran sangat perlu dititikberatkan.

Rumah bukan sahaja bersih tetapi boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit disebabkan kuman yang mungkin terdapat dalam rumah

.

Memasak

Waktu beginilah kita ambil peluang untuk mengajar anak-anak memasak tidak kira anak lelaki ataupun anak perempuan. Sekiranya ketika waktu sibuk dulu kita tidak berpeluang memasak untuk mereka atau mengajak mereka ke dapur untuk memasak, pada waktu ini, ajaklah anak-anak ke dapur untuk memasak meskipun sekadar satu masakan sahaja.

Bukan sahaja mengisi waktu sepanjang tempoh PKP, malah meningkatkan kemahiran anak-anak dalam masakan.

Woman, Kitchen, Man, Everyday Life, Blond

Baca Juga: Persoalan dan Jawapan tentang COVID19

Bersenam

Jika dulu asyik tersekat dalam kesesakkan jalanraya sehingga ke malam, kali ini, anda mempunyai banyak masa untuk bersenam. Tapi ingat! Bersenam di dalam rumah atau dalam kawasan pagar rumah sahaja ya. Jangan pula keluar berjogging di sekeliling taman.

Ada banyak senaman ringan yang boleh dilakukan di rumah seperti lompat bintang, squat dan lain-lain lagi. Ajak anak-anak dan pasangan masing-masing sekali. Badan berpeluh dan hubungan kekeluargaan juga terjalin. Seronokkan?

Home Fitness Equipment, Blue Fitness Equipment

.

DIY projek

Waktu-waktu begini, ajak anak-anak untuk melakukan projek DIY. Banyak projek DIY boleh dirujuk di channel Youtube menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengalih tumpuan anak-anak daripada berasa bosan dan hilang tumpuan ketikan tempoh PKP kerana tidak dapat keluar dari kawasan rumah.

Selain boleh meningkatkan kemahiran dan kreativiti anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.

.

Semoga perkongsian aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberi manfaat untuk kita semua dan memastikan hari-hari yang kita lalui ini dipenuhi dnegan aktiviti yang sihat. Pastikan anda berada di rumah sepanjang tempoh ini.

.