Select Page

Coronavirus yang baru saja pada minggu lepas menjangkiti penduduk rakyat China kita sudah merebak ke 14 buah negara dan Malaysia baru semalam termasuk dalam list negara yang terkena dengan coronavirus ini. Semalam yang merupakan perayaan tahun baru cina juga terpaksa dibatalkan sambutannya di Beijing kerana gusar dengan coronavirus yang begitu cepat merebak

Ibu ini kongsikan pengalaman membantu anaknya yang terkena Influenza A

Walaupun 4 pesakit yang dijangkiti dengan coronavirus ini berada di Malaysia, tetapi mereka kesemuanya adalah warganegara China. Sebab itu di page KKM ramai netizen Malaysia yang meminta agar tindakan tegas dikenakan sekatan kepada pelancong dari China agar memasuki Malaysia buat masa sekarang

Berikut merupakan Press Release yang dikeluarkan oleh KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai pengesanan satu (1) lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV). Kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga (3) kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini.

Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Kes tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya. Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV.

Pada ketika ini kes masih demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka. Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh. Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

Buat masa ini KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga, orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia:

Punca Influenza A dan cara elakkannya

  1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
  2. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  3. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
  4. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
  5. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
  6. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Anda boleh melihat LIVE FEED di Channel News Asia pesakit dan jumlah kematian yang telah dicatatkan dan angkanya yang semakin naik itu cukup menakutkan. Kami menasihatkan pembaca di Kelab 5 Pagi agar terus mengamalkan penjagaan kesihatan yang maksimum agar penularan virus ini dapat kita hentikan

.